Sunday 11 May 2014

Selamat Menghadapi Peperiksaan




Salam Peperiksaan..
1.Peperiksaan satu kalimah yang sentiasa menghantui sebahagian pelajar atau mungkin semuanya..Dalam bahasa Arab disebut sebagai Imtihan atas wazan Infi'al yang membawa maksud sesuatu yang diuji atas sesuatu.
2. Ujian menjadi sunnah alam..Bermula Ujian sejak Nabi Adam Alaihissalam sehinggalah Nabi Kesayangan Ummat Muhammad SAW. Baginda diuji dengan pelbagai cubaan dan dugaan yang selalu digunakan dalam kitab sirah/sejarah sebagai mehnah atau mihan..Ujian Allah kepada Baginda Nabi disaluti dengan Iman dan Takwa..Dibasahi dengan zikir dan tawakkal..diperkokohkan dengan tahajjud dan pasrah setelah 1001 usaha dan ikhtiyar dilakukan..
3. Apa beza ujian mereka dengan kita..kadang-kadang kita terlupa meletakkan faktor iman dan takwa di depan..megah dengan kehebatan dan kepandaian diri sehingga lupa diri dan kehebatan serta kepandaian itu bukan milik sendirian berhad malah pemberian percuma daripada Pemilik Hakiki Allah Azzawajalla.
4. Beristghfarlah..wahai anak anak ku dalam menempuh ujian imtihan ini mulakan... hazihil bidayah dengan mendahulukan faktor iman dan takwa..pasakkan dengan munajat dan doa serta menutup dengan redha dari ketentuannya.
5. Berusahalah sedaya mungkin..walau kadang kadang usaha ini pahit rasanya..tetapi setelah ditelan pahit tersebut akan terpancar kemanisannya.

Semoga selamat menduduki peperiksaan bagi semua pelajar mahupun penulis.Semoga mendapat keputusan yang baik dan dirahmati Allah.....Amin

Siiru 'Ala BarakatiAllah...
Salam hormat

Disney's Frozen "Let It Go" Sequence Performed by Idina Menzel

Sunday 27 April 2014

Salam Pertemuan

Salam Ukhwah
Salam Persahabatan
Salam Persaudaran SeIslam

Alhamdulillah..dengan izin ALLAH..akhirnya blog ini telah siap...
Diharapkan dengan wajah baru..misi dan matlamat baru..untuk berdakwah dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan di luar sana.
Blog ini sememangnya,ringkas dan padat lebih diutamakan...Diharapkan dengan maklumat-maklumat yang akan dikongsi dengan sahabat-sahabat dapat berbekas di hati dan seterusnya dapat dijadikan pedoman dan yang tak elok sama-sama kita perbaiki..InsyaAllah.Konsep pada blog kali ni...ialah hanya memberi yang termampu.Cuba memberi apa yang tahu dan untuk sama-sama kita belajar dan berfikir.
Kali ini,kita patutlah bertukar pendapat dan idea antara satu sama lain.Jikalau tersilap kata sehingga mengguris hati,mohon sahabat-sahabat dapat  menegur dan memperbetulkan kesilapan.Sesungguhnya penulis ialah insan yang biasa.Insan yang tidak terlepas daripada membuat silap dan salah.Harap blog ini dapat memberi seribu satu pengajaran terhadap pembaca di luar sana.
:D